Sabtu, 2 Julai 2011

ibadat khusus...

 1-TAKRIF IBADAT
Ibadat bermaksud pengabdian hamba kepada Allah swt. berdasarkan apa yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan sebagai mendekati diri kepada Allah swt. serta mendapat ganjaran daripadanya.
Solat dari segi bahasa ertinya doa.  Dari segi syarak pula bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan, didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu. 
 

(2) SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib solat maksudnya apabila seseorang itu mempunyai syarat-syarat yang disebutkan nanti wajiblah mereka itu mendirikan solat.  Dalam erti kata lain, bahawa seseorang itu apabila cukup syaratnya akan diseksa dengan api neraka jahanam sekiranya tidak mengerjakan ibadat solat.
Syaratnya ada tiga perkara: 
 

· Islam 
· Baligh 
· Berakal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan